IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria dilapor telah direhatkan daripada tugas Pesuruhjaya Pas Perak.
Keputusan tersebut didakwa dibuat oleh kepimpinan Pas Pusat susulan beberapa isu yang melibatkan pemimpin itu termasuk kes terbaru mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan Kumpulan YTL Corporation Berhad (YTL).