< Kembali

Rayuan Syed Saddiq, tiada keputusan hari ini - Hakim

Berita
Sinar Harian
102 Hari

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini memaklumkan bahawa, tiada keputusan akan dibuat pada Rabu, berhubung rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, menyatakan demikian ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan