PUTRAJAYA – Rayuan pertukaran penempatan pegawai perubatan kontrak Gred UD10 yang telah ditawarkan lantikan tetap dibuka selama tujuh hari mulai Selasa hingga jam 5 petang Isnin depan.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan rayuan pertukaran penempatan boleh dibuat melalui borang yang telah disediakan dalam hebahan sistem ePlacement.