PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Peguam Negara (AG) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran kepada peguam Rosli Dahlan untuk memulakan semakan kehakiman terhadap Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan kerajaan yang didakwa menangkap serta menahannya secara salah pada Oktober 2023.
Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Supang Lian, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Azizul Azmi Adnan memutuskan bahawa rayuan itu tidak mempunyai merit.