KOTA TINGGI – Sambutan Aidilfitri tahun ini membawa kesedihan mendalam kepada keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 58.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, lewat malam Khamis.
Kakak mangsa, Nur Hafiza Bani, 36, berkata, suasana raya kali ini tidak lagi sama tanpa kehadiran adiknya, Siti Khazira Bani, 35, bersama suami, Nasarudin Pardi, 36, dan anak bongsu mereka, Maryam Nusaibah Nasarudin, yang selama ini menceriakan keluarga.