Anai-anai bukan sekadar menyerang kediaman atau struktur kayu, pokok pun tidak terkecuali. Kebiasaanya pokok yang menjadi mangsa adalah dari jenis berbatang lembut terutamanya pokok buah seperti mangga, durian, sawit dan sebagainya. Selain wujudnya busut berhampiran dengan pokok, kehadiran serangan anai-anai dapat dikesan apabila kelihatan terdapat kotoran atau kesan tanah pada permukaan batang pokok. Keadaan ini lebih berbahaya kerana kita tidak pasti berapakah saiz koloni yang terdapat didalam batang tersebut. Tahu-tahu je, pokok mati atau tiba-tiba tumbang. Sebelum koloni anai-anai memusnahkan tanaman anda, adalah lebih baik lakukan rawatan segera. Tak eprlu tunggu kontraktor untuk lakukannya.