PARIT – Ratusan jemaah hadir memenuhi ruang Masjid As Siddiq di Taman Iskandar Perdana dekat Seri Iskandar di sini bagi menunaikan solat jenazah imam masjid, Nurul Kamal Zulkarnain, 37, yang maut dalam kemalangan pada Selasa.
Mereka yang hadir kalangan ahli keluarga, kenalan, kariah dan pelajar tahfiz itu memenuhi ruang solat di bahagian dalam dan luar masjid tidak ubah seperti solat Jumaat.