Berusia 28 tahun, gadis cantik bernama Rajwa Al-Saif tiba-tiba menjadi perhatian dunia. Masakan tidak, inilah tunang kepada Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah yang merupakan anakanda sulung Raja Abdullah II dan Ratu Rania.
Kegembiraan seorang ibu jelas tergambar melalui perkongsian Ratu Jordan, Rania Al Abdullah sendiri di Twitter dan Instagram. Baginda yang kini berusia 51 tahun mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Putera Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem.