SHAH ALAM – Pengurus projek syarikat pembinaan terkemuka yang ditahan untuk siasatan kes rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data sanggup membakar wang tunai hampir RM1 juta selepas dikejutkan dengan serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.
Menurut sumber, ketika serbuan dijalankan di rumahnya di Petaling Jaya, pasukan pegawai SPRM menemui wang kertas RM100 yang keseluruhannya berjumlah hampir RM1 juta dalam keadaan sudah terbakar.