KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai berjumlah RM7.5 juta yang ditemui di sebuah rumah dalam serbuan sekitar Lembah Klang pada Khamis.
Menurut sumber, wang tunai berkenaan yang kebanyakannya dalam not RM50 disimpan dalam beberapa kotak dan almari di rumah terbabit.