SHAH ALAM – Kes rasuah yang berlaku di negara ini terutamanya melibatkan penjawat awam perlu ditangani dengan cekap dan segera agar keyakinan rakyat kepada mereka tidak goyah.
Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, semua pihak perlu cakna dan memberi kerjasama berterusan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi penguatkuasaan dalam usaha memerangi rasuah.