SHAH ALAM – Penganjuran Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara: Mengimbas Kembali Kenyataan Jakarta mengangkat peranan masyarakat sivil termasuk Rasuah Busters dalam usaha membanteras gejala rasuah di peringkat ASEAN.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, penyertaan itu dapat memberi keseimbangan dalam perbincangan strategi dan hala tuju persidangan berkenaan.