KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL menawarkan pakej tambahan iaitu MyCity Dua Hari yang merupakan pas perjalanan harian tanpa had di semua laluan rel dan bas Rapid KL.
Prasarana dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pakej itu adalah sebahagian daripada komitmen syarikat berkenaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna dengan memperkenal tawaran terbaharu yang menarik.