PETALING JAYA – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menyasarkan sebanyak 150 van berkapasiti 12 tempat duduk menjelang pertengahan tahun 2025 bagi memperluaskan perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) sekitar Lembah Klang.
Ketua Komersial dan Usaha Sama Strategik Rapid Bus, Khairil Khalid berkata, ketika ini pihaknya memiliki 20 van spesifikasi berkenaan yang bergerak di 10 laluan terpilih termasuk di Pulau Pinang.