Dua aktivis Malaysia, Ardell Aryana dan Haikal Abdullah, kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul selepas didakwa diperlakukan dengan kekerasan oleh tentera Zionis ketika menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan oleh Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin, yang memaklumkan kedua-dua aktivis memerlukan rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan semasa ditahan oleh rejim Zionis.