BUTTERWORTH – Masih banyak kedai runcit dan restoran di negeri ini gagal mematuhi Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang melarang mereka mempamerkan produk rokok dan vape secara terbuka.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai di sekitar Seberang Perai pada Rabu mendapati banyak premis yang belum lagi mengalihkan produk tembakau dan vape di bahagian kaunter jualan seolah-olah tidak tahu mengenai penguatkuasaan akta berkenaan bermula 1 April.