SHAH ALAM – Kerajaan disaran memperluaskan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terutama untuk kemasukan ke universiti tempatan dan luar negara berbanding menawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page), Noor Azimah Abdul Rahim berpandangan, kuota sedia ada sudah mencukupi selain ramai pelajar SPM bukan bumiputera hanya menduduki sembilan subjek dalam peperiksaan tersebut.