KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk Seri R Ramanan meminta semua pihak yang membuat bantahan dan rayuan berhubung keputusan pemilihan parti dapat menunggu hasil siasatan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) berkata, PKR adalah parti yang menjunjung tinggi proses keadilan semasa pemilihan sejak dulu lagi.