PERLAKSANAAN wajib penggunaan silinder gas petroleum cecair (LPG) komersial 14 kilogram (kg) ataupun tong gas ungu bertujuan membezakan tong subsidi dengan bukan subsidi, selain meningkatkan keselamatan dan mengelakkan penyelewengan.
Langkah yang berkuat kuasa sejak 1 Mei lepas itu dilihat penting bagi memastikan hanya pengguna layak menerima manfaat subsidi dan mengelakkan ketirisan, namun pelaksanaannya pada awalnya menimbulkan beberapa persoalan penting.