LIPIS – Rakyat di negeri ini diingatkan supaya menghindari sebarang persengketaan, khususnya yang berpunca daripada isu-isu sensitif seperti agama, kaum, dan institusi diraja (3R).
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, isu-isu tersebut jika dieksploitasi boleh mencetuskan perpecahan yang akan memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negeri itu.