PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat rakaman kamera litar bertutup (CCTV) yang diletakkan bersebelahan Apartment Idaman, Damansara Damai ada merakam kelibat seorang kanak-kanak yang dipercayai mangsa iaitu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.
Dalam prosiding hari ini, sebanyak 10 rakaman telah ditunjukkan kepada mahkamah antaranya rakaman video CCTV mangsa keluar dari terowong, ibu mangsa di sebuah pasar raya dan mangsa dalam longkang.