RAWANG – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mengadakan lawatan rasmi ke Balai Polis Bandar Country Homes di sini pada Jumaat.
Lawatan baginda bertujuan untuk meninjau operasi balai polis serta mendapatkan taklimat mengenai situasi keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan perumahan membangun ini.