KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dimasyhur sebagai Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) berkuat kuasa 15 April 2025 hingga 14 April 2030.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemasyhuran itu dibuat selaras peruntukan Seksyen 32 Perlembagaan UniSIRAJ (2024) sekali gus memperkukuh kepimpinan baginda dalam membimbing institusi pendidikan tinggi Islam itu ke arah kecemerlangan.