Ibu saudara kepada bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Darling iaitu penyanyi Sheila Abdull meluahkan rasa bangga terhadap prestasi anak saudaranya itu yang semakin menyerlah setiap minggu.
Menurut Sheila, pertandingan seperti RTSMY bukanlah pentas biasa kerana peserta bukan sahaja dinilai oleh juri profesional malah menjadi tontonan seluruh rakyat Malaysia, sekali gus mewujudkan tekanan besar buat setiap peserta.