MELAKA – Sebuah syarikat jualan baja tanaman sanggup menyewa tiga buah banglo di kawasan perumahan elit di Ayer Keroh di sini untuk dijadikan pusat aktiviti pembungkusan semula baja yang dijual di aplikasi TikTok.
Namun, ‘lubuk emas’ mereka yang menjana pulangan sehingga RM400,000 sebulan akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menggempur lokasi tersebut dalam serbuan Op Samar 5.0, pada Selasa.