WASHINGTON – Arkib Negara Amerika Syarikat pada Selasa mengeluarkan kumpulan akhir fail berkaitan pembunuhan Presiden John F. Kennedy (JFK), satu kes yang masih mencetuskan teori konspirasi lebih 60 tahun selepas kematiannya.
Langkah itu dibuat susulan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump pada Januari, mengarahkan pendedahan tanpa suntingan bagi baki fail berkaitan pembunuhan JFK, abangnya bekas Peguam Negara, Robert F. Kennedy, serta pemimpin hak sivil, Martin Luther King Jr.