Hari ini merupakan hari bersejarah kerana berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tepat jam 8 pagi tadi, pintu 8,958 pusat mengundi di seluruh negara dibuka dan lebih 20 juta pengundi mempunyai masa 10 jam sehingga 6 petang untuk memilih wakil rakyat.
Menjadi sebahagian rakyat Malaysia, golongan artis dan selebriti tempatan juga tidak terlepas melaksanakan tanggungjawab memilih barisan pimpinan kerajaan baharu. Ramai artis yang sudah membuat hantaran di laman media sosial masing-masing untuk membuktikan bahawa mereka telah selesaikan tanggungjawab bersama tanda pagar #donemengundi.