PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan telah menghantar sepucuk surat peletakan jawatan Menteri Ekonomi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa 17 Jun depan.
Beliau berkata, langkah itu diambil sebagai menghormati prinsip kebertanggungjawaban dan mandat rakyat yang menjadi tunjang perjuangannya dalam politik sejak awal penglibatan.