KOTA KINABALU – Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akan meneruskan siri Jelajah Hiruk ke negeri di bawah bayu yang akan berlangsung di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC), Penampang, pada Sabtu.
Kehadiran Ahli Parlimen Pandan yang dijadualkan bermula jam 2 petang itu adalah sebagai melengkapkan siri jelajah beliau untuk bertemu dengan akar umbi semasa pemilihan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung kini.