KOTA BHARU – Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi penggal 2025-2028 yang diadakan pada tahun ini didakwa bertujuan memberi ruang kepada bakat-bakat baharu walaupun parti telah bersetuju untuk tidak berbuat demikian sebelum ini.
Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli semasa berucap pada program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Kelantan dan Terengganu di Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini pada Jumaat malam.