Pelakon, Qasrina Karim tampil membuat permohonan maaf selepas menerima teguran daripada warganet berhubung penampilannya yang dikatakan kurang sopan ketika mengenakan hijab dalam satu video tular di TikTok baru-baru ini.
Pelakon drama My Famous Ex-Boyfriend mengakui kesilapan tersebut dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kecaman atau teguran yang diterimanya.