Pempengaruh media sosial dan juga pengamal muay thai, Putra Abdullah, kini mengintai satu lagi keputusan knock out (KO) dalam Kejohanan Byon edisi kelima yang akan berlangsung pada 28 Jun di Jakarta, Indonesia.
Putra menyifatkan bahawa dia ingin membuktikan dirinya dalam kejohanan itu berdepan petarung dari Indonesia, Kkcal, di saingan Disiplin Kick Boxing.