PUTRAJAYA – Pelaksanaan inisiatif Pusingan Kerja Petugas Kaunter yang melibatkan semua kementerian termasuk jabatannya bermula hari ini, bagi memperkukuh kualiti perkhidmatan awam dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan di kaunter.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, inisiatif itu bertujuan meningkatkan kemahiran petugas kaunter, memastikan kepelbagaian kemahiran kerja dan memperkasakan pengalaman pelanggan dengan penyampaian perkhidmatan lebih cekap serta mesra.