SELAYANG – Enam pusat penyembelihan ayam di Pasar Borong Selayang yang dipercayai beroperasi dengan menggajikan pekerja asing secara tidak sah telah digempur pada Khamis.
Serbuan yang bermula kira-kira jam 1.45 pagi itu dijalankan oleh sepasukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas (BPOK) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).