SHAH ALAM – Laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kes Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang pada petang Rabu dijangka diperoleh pada petang ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan bedah siasat itu bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.