GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang bersama kerajaan Persekutuan serta Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang berusaha melaksanakan empat projek air tambahan bagi membantu memastikan bekalan air yang baik dan berterusan setiap hari dan sepanjang tahun di Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan berkata, kesemua projek itu juga pada dilihat dapat mengurangkan status tekanan air Pulau Pinang ketika musim perubahan iklim ini.