SEBERANG JAYA – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengumumkan empat kadar zakat fitrah bagi tahun 2025 iaitu RM7, RM10, RM15 dan RM21.
Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, kadar zakat itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 3 dan 4 Februari lalu.