GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang sudah menyerahkan senarai nama calon Yang di-Pertua (TYT) Pulau Pinang baharu kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk dipertimbangkan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, senarai beberapa nama tersebut telah diserahkan kepada PMO baru-baru ini berikutan tempoh penggal TYT Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak akan tamat pada 30 April ini.