GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang sedia mempertimbangkan pelaksanaan larangan sepenuhnya terhadap penjualan rokok elektronik atau vape sekiranya penguatkuasaan penuh Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) tidak membawa kesan positif.
Exco Kesihatan, Belia dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, pertimbangan itu adalah untuk menjaga kesihatan rakyat, khususnya golongan belia.