GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang memohon maaf kepada pengguna aplikasi Penang Smart Parking (PSP) berikutan isu log masuk biometrik yang berlaku pada versi 3.0 yang baharu dilancarkan.
Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, H’ng Mooi Lye berkata, walaupun versi Android dan Huawei telah berjaya dikemas kini, pihaknya menyedari ramai pengguna iOS menghadapi kesukaran untuk mengakses aplikasi melalui ciri log masuk biometrik.