GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan memberikan pengecualian tunggakan denda cukai tanah dan cukai petak sebanyak 100 peratus kepada semua pemilik tanah serta petak di negeri ini yang membuat pembayaran dua cukai berkenaan mulai 2 Januari sehingga 28 Februari 2025.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang diadakan pada minggu lalu.