Puas Hati Lihat “Makeover” Bajet Dekor Dapur Rumah Sewa. Banyak dah Impiana kongsikan hasil dekorasi rumah sewa oleh penyewa yang pandai menjaga rumah. Terbaru, Nun Niesa turut berkongsi renovasi yang dilakukan terhadap rumah sewaan nya. Yang paling menarik perhatian Impiana adalah makeover yang dilakukan di ruang dapur.
Bermula dari PKP kali ke-3 yang lalu. Masa tu, ada buat ubah suai rumah sikit untuk tambah siling. Asal rumah ni tak ada siling dan masa tu terfikir nak dekor saja-saja.