< Kembali

Puad Zarkashi desak UMNO tuntut RM100 juta jika Tengku Zafrul lompat parti

Berita
Sinar Harian
10 Hari

JOHOR BAHRU – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mendesak agar UMNO mengambil tindakan tegas terhadap Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan dalam UMNO serta menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu, UMNO perlu menyemak semula akujanji yang ditandatangani oleh Tengku Zafrul semasa menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk kemungkinan menuntut pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya tindakan tersebut dikira sebagai lompat parti.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan