KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus membantu peminjam menyelesaikan hutang melalui rundingan pembayaran balik yang lebih fleksibel dan tidak membebankan menerusi pelbagai pendekatan serta kaedah.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pendekatan penuh empati yang dilaksanakan PTPTN adalah bagi memastikan semua ruang diberikan kepada peminjam untuk melunaskan hutang, selari dengan nilai teras Malaysia Madani iaitu Ihsan.