SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 seorang kepada seramai 31,850 pelajar diploma yang meneruskan pengajian ke universiti awam (UA) dan politeknik bagi sesi Julai ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, inisiatif yang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM47.8 juta itu diberikan bagi membantu ibu bapa dan pelajar yang layak untuk menampung sebahagian daripada perbelanjaan dalam melakukan persiapan awal.