KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjangkakan kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) kali ini lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pengerusinya, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, orang ramai perlu menggunakan peluang yang ada untuk segera membuka akaun Simpan SSPN atau menambahkan simpanan sedia ada bagi menerima manfaat dividen tersebut.