SINGAPURA – Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura, Dr Mohamad Maliki Osman akan bersara daripada politik dan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025), menandakan berakhirnya kerjaya politik yang menjangkau lebih dua dekad.
Maliki, yang telah berkhidmat lima penggal sejak 2001 berkata bahawa bersama Perdana Menteri Lawrence Wong, mereka bersetuju bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk beliau memberi laluan kepada calon baharu dan bersara daripada politik.