JERANTUT – Biarpun sudah berusia 39 tahun, Proton Saga 1.5S milik seorang warga emas di Perumahan Banjir Kampung Ulu Teh di sini masih mampu beraksi dan digunakan hingga kini.
Azlan Mat, 63, memberitahu, walaupun warna kereta itu semakin luntur namun sudah banyak menabur jasa untuk diri dan keluarga sejak membelinya dengan harga kira-kira RM18,000 pada 1985.