PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat sekali lagi mencuri tumpuan, apabila ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dijangka hadir untuk prosiding hari pertama sebutan semula kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu, Disember tahun lalu.
Kisah kehilangan Zayn Rayyan itu sehingga kepada ‘drama’ ketika permohonan reman suami isteri berkenaan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh juga akan disajikan dengan pelbagai isu menarik, termasuk perkembangan baharu membabitkan barisan pembelaan yang mewakili kedua-dua tertuduh tersebut.