KUALA LUMPUR – Tempoh memproses kelulusan Pas Penggajian Ekspatriat (EP) yang sebelum ini mengambil masa 40 hari kini dipendekkan kepada 10 hari bekerja susulan penyepaduan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan MYFutureJobs ke dalam Xpats Gateway bermula 1 Julai.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, sebelum ini majikan perlu menggunakan beberapa platform berasingan untuk menggajikan ekspatriat namun kini mereka hanya perlu memohon melalui satu platform, iaitu Xpats Gateway sekali gus menjadikan proses lebih pantas dan cekap.